eDeN

8 February, 2008

8 February ‘08 – Aku Tersisih

Filed under: Diariku — lienda117 @ 10:12 am

Ntah kenapa hari ni aku rasa diri ini disisihkan oleh orang-orang yang kusayang.

Tadi timbul perbalahan tentang status ku yang masih bujang gara2 kutanyakan tujuan parentsku ke kempas. Aku sedih bila jawapan yang aku terima dalam nada tengkingan. Terus keluar apa yang terpendam di ati aku selama ni. Maafkan saya… Tapi x daya nak tahan lagi. Dulu, masa aku sibuk berkawan dengan setiap teman lelaki, ada sahaja yang tidak setuju. Pelbagai komen diberikan. Aku keliru antara keluarga dengan ati aku. Aku betul2 keliru lantas aku utamakan keluarga. Tak pe laa.. mungkin dah nasib aku gitu.

Walau pun dalam ati yang terluka, aku masih lagi menurut kehendak mum untuk ke rumah abang2 ku yang sebenarnya dekat dengan umah aku sendiri. Tak pe laa… dah memang tugas aku antar dorang ke mana nak pergi.

Sbb memenuhi kehendak mum, aku terpaksa hampakan harapan seorang teman. Teman yang lebih dari seorang teman. Aku mohon maaf darimu teman tapi tiada sebarang respon. Aku betul2 sedih. Sepanjang ari aku tunggu msg drmu teman tp hampa. Aku sendiri x mampu nak kirimkan msg kepadamu kerana aku betul2 berada dalam keadaan depressed. Air mata mengalir dalam hatiku walau tiada siapa yang melihat. Hidupku kurasa cukup sunyi…

Aku khuatir air mata di ati ini akan merembes keluar dan terpancar di mataku. Lantas aku ambil keputusan untuk pulang ke rumahku sendiri walapun jam dah menunjukkan 9.30 malam. Setelah izin kupohon, hampir jam 10 mlm wiraku menderu jalan tebrau menuju destinasinya.

Sepanjang perjalanan, air mataku mengalir memikirkan kata2 mum dan teman yang ku sayangi… Walaupun ketakutan untuk membuka pintu pagar, kugagahi jua atiku.

Blog at WordPress.com.