eDeN

9 February, 2008

Aku Tak Pernah Berkorban

Filed under: Diariku — lienda117 @ 11:40 am

Temanku kata, dia banyak berkorban untukku… sampai dia tak larat lagi… tapi aku? Bila masa yang aku berkorban untuknye? Ada? X de agaknyer laa..

Aku Rindu

Filed under: Diariku — lienda117 @ 11:27 am

Aku rindukn temanku… aku rindu sgt2… tp aku x daya… nk bgn pun rasa lemah… ini kan pula nk drive sndiri… la, mana plak kunci keta aku nie? ntah kat mana aku campakkn smlm…

Skang ni semua orang kata aku x pnah pk perasaan orang lain. Mum kata g2, teman kata g2… Tp perasaan aku camner plak? sapa yang ambik kisah perasaan aku? Aku asik cuba jaga perasaan macam2 orang, sampaikan perasaan aku sendiri aku korbankan. Orang tak pernah tau dan tak pernah nak tau. Asiik2 tuduh aku x nak faham perasaan orang. Agaknya kalau aku mati, lagi senang iduyp orang2 keliling aku. Apsal la aku x langgar jek lori2 yang perlahan kat hway smlm??? Bodoh betul la aku nie. Klau aku mati kan ke senang. Orang2 yang aku sayang pasti rasa lebih tenang lagi… lebih aman lagi.. x payah nak ingat kat aku… x yah nak pk pasal aku…

9 February ’08 – Aku Sendiri

Filed under: Diariku — lienda117 @ 10:23 am

Aku hadapi hari ini sendirian… tanpa teman untuk berbicara. Hanya tv dan laptop jadi temanku.  Makan pun sekadar nasi tempohari yang ku jadikan bubur. Makan bersama kicap jek…

Aku rindu betul padamu teman… saat aku menangis kerinduan, hp ku bergeter… tandanya ada sms yang masuk. Sms darimua teman. Pelabagi perasaan bercampur aduk semasa inginku buka sms darimu. Bila kubaca… ‘aku x mau mnangis lagi..jgn ambik endah ttg aku lg..aku dh x larat..’, air mata yang bertakung tadi terus merembes laju dipipiku. Aku sedih, sayu.. teman yang kusayang juga menjauhkan diri dariku… aku tak punya sesiapa lagi… tak ada sesiapa lagi…

Aku cuba untuk tenangkan diri.. aku kemaskan bilik stor ku untuk kujadikan mini library… namun tu semua hanya sedetik dapat tenangkan atiku… aku sunyi.. aku rindu..

8 February, 2008

8 February ’08 – Aku Tersisih

Filed under: Diariku — lienda117 @ 10:12 am

Ntah kenapa hari ni aku rasa diri ini disisihkan oleh orang-orang yang kusayang.

Tadi timbul perbalahan tentang status ku yang masih bujang gara2 kutanyakan tujuan parentsku ke kempas. Aku sedih bila jawapan yang aku terima dalam nada tengkingan. Terus keluar apa yang terpendam di ati aku selama ni. Maafkan saya… Tapi x daya nak tahan lagi. Dulu, masa aku sibuk berkawan dengan setiap teman lelaki, ada sahaja yang tidak setuju. Pelbagai komen diberikan. Aku keliru antara keluarga dengan ati aku. Aku betul2 keliru lantas aku utamakan keluarga. Tak pe laa.. mungkin dah nasib aku gitu.

Walau pun dalam ati yang terluka, aku masih lagi menurut kehendak mum untuk ke rumah abang2 ku yang sebenarnya dekat dengan umah aku sendiri. Tak pe laa… dah memang tugas aku antar dorang ke mana nak pergi.

Sbb memenuhi kehendak mum, aku terpaksa hampakan harapan seorang teman. Teman yang lebih dari seorang teman. Aku mohon maaf darimu teman tapi tiada sebarang respon. Aku betul2 sedih. Sepanjang ari aku tunggu msg drmu teman tp hampa. Aku sendiri x mampu nak kirimkan msg kepadamu kerana aku betul2 berada dalam keadaan depressed. Air mata mengalir dalam hatiku walau tiada siapa yang melihat. Hidupku kurasa cukup sunyi…

Aku khuatir air mata di ati ini akan merembes keluar dan terpancar di mataku. Lantas aku ambil keputusan untuk pulang ke rumahku sendiri walapun jam dah menunjukkan 9.30 malam. Setelah izin kupohon, hampir jam 10 mlm wiraku menderu jalan tebrau menuju destinasinya.

Sepanjang perjalanan, air mataku mengalir memikirkan kata2 mum dan teman yang ku sayangi… Walaupun ketakutan untuk membuka pintu pagar, kugagahi jua atiku.

28 January, 2008

Dedikasi Khas Untukmu

Filed under: UMUM — lienda117 @ 1:31 pm

Coretan ini kutujukan khas untukmu… Nukilan hatiku akan kusampaikan di sini. Moga ianya menjadi kenangan yang abadi untuk kita.

Theme: Silver is the New Black. Blog at WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.